Sunday, 2 December 2012

Aurat

Salam kepada semua pembaca blog AKB...

Semoga Allah memberkati setiap apa yang kita buat dan mengampunkan setiap kesalahan yang kita lakukan sama ada sedar atau tidak...amin

سُورَةٌ أَنزَلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا وَأَنزَلْنَا فِيهَا آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَّعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Inilah satu surah yang Kami turunkan dan Kami wajibkan (menjalankan hukum-hukum yang ada di dalam) nya, dan Kami turunkan di dalamnya ayat-ayat yang jelas, agar kamu selalu mengigatinya. 

Dewasa ini banyak kita lihat wanita-wanita yang berpakaian tetapi mereka itu berbogel. Kenapa begini jadinya? Jom kita bincangkan sama-sama..........

Pada pendapat AKB ada dua golongan wanita yang menutup aurat, iaitu yang pertama adalah menutup aurat secara sempurna sehingga tidak menampakkan susuk tubuh anggota badan tersebut dan yang kedua inilah yang kita perlu lihat sama-sama...adakah mereka ini mempermainkan hukum Allah atau sebagainya?

"Hai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah syaitan yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah." Faathir:5

Adakah hari ini wanita yang betudung hanya dianggap sebagai fesyen atau trend? Mereka ini bertudung tetapi sebaliknya menampakkan susuk anggota badan....sedangkan bukan itu yang diterangkan dalam Al Quran....berhati-hatila wahai wanita-wanita semua jaganlah termasuk dalam golongan-golongan manusia yang mempermainkan hukum-hukum Allah. 

Aurat seorang wanita terhadap lelaki ialah keseluruhan tubuh badannya kecuali tangan dan muka. Ia tidak boleh dibuka di hadapan lelaki lain. Wanita tidak dibenarkan memakai pakaian yang nipis atau yang ketat yang mengikut bentuk badan dan yang boleh menampakkan kulit. Menurut satu hadith dari A'ishah, pernah kakaknya Asma' datang menemui Rasulullah s.a.w. dengan pakaian yang nipis. Rasulullah s.a.w. dengan segera memalingkan mukanya dan berkata:
"Wahai Asma', apabila seorang wanita telah baligh, dilarang membuka bahagian badannya kecuali muka dan tangan"  (Abu Dawud)
Ibnu Jarir telah meriwayatkan peristiwa yang sama daripada kata kata A'ishah bahawa satu ketika anak perempuan Abdullah bin Tufail. datang menziarahinya. Apabila Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam rumah, baginda nampak perempuan itu tetapi memalingkan mukanya ke arah lain.
A'ishah berkata:
"Ya RasululLah, dia itu anak saudaraku". Lalu Rasuiullah s. a. w. pun berkata: Apabila wanita itu sudah baligh haram baginya menampakkan badannya kecuali tangan dan muka". Kemudian baginda menunjukkan maksud tangan itu dengan menggenggam tangannya sendiri daripada pergetangan tangan supaya tidak ada bahagian lebar yang tertinggat antara pergelangannya dan tapak tangannya

Rasulullah s.a.w. juga melarang suara wanita didengari lelaki jika tidak perlu. Dalam kes yang memaksa al Quran sendiri membenarkan wanita bercakap dengan lelaki dan isteri Rasulullah s.a.w. sendiri mengajar orang lain dalam hal hal keagamaan. Tetapi bila tiada keperluan atau ada tujuan agama dan kebaikan, wanita tidak digalakkan memperdengarkan suaranya kepada lelaki. Oleh itu, jika imam tersalah dalam sembahyang berjemaah dia hendaklah diberi amaran oleh lelaki dengan berkata "SubhanAllah" (Maha Suci Allah) dan wanita pula hendaklah menepuk tangan mereka sahaja. (Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Abu Daud, Nasa'I, Ibnu Majah) 

Setelah memahami perintah perintah Allah dan Rasul Nya  ini, seseorang Islam itu hanya mempunyai dua pilihan. Satu, dia hendaklah mengamalkan semua perintah perintah ini dalam kehidupannya dan mensucikan dirinya, keluarganya dan masyarakat keseluruhannya daripada keruntuhan akhlak. Untuk menghapuskan nilai nilai buruk ini, Allah dan Rasul Nya telah memberi hukum hukum secara terperinci. Pilihan kedua pula, seseorang Islam yang mempunyai beberapa kelemahan, akan melanggar satu atau dua daripada perintah perintah ini. Sepatutnva dia hendaklah sedar bahawa dia telah melakukan dosa dan menghindarkan diri daripada salah faham dengan menganggap perbuatannya sebagai satu perbuatan yang baik.

No comments:

Post a Comment