Saturday, 24 November 2012

786

Salam kepada semua pembaca blog AKB. Tahukah kita semua bahawa setiap huruf-huruf hijaiyah mempunyai digit tertentu....kita sering lihat dikedai-kedai mamak terutamanya...terpapar digit 786 yang membawa maksud بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 

بِسْمِ      =  102

اللهِ        =    66 

الرَّحْمَنِ   =  329

الرَّحِيمِ    =  289
 786


Huruf Hijaiyyah dan Nilainya

200
700
4
600
8
3
500
400
2
1
ر
ذ
د
خ
ح
ج
ث

ت
ب
ا
80
1000
70
900
9
800
90
300
60
7
ف
غ
ع
ظ
ط
ض
ص
ش
س
ز
10


5
6
50
40
30
20
100
ي

لا

ه
و
ن
م
ل
ك
ق

Wednesday, 21 November 2012

حركة المقاومة الاسلامية



Hamas 

   

Hamas (bahasa Arab: حماس, singkatan حركة المقاومة الاسلامية Harakat al-Muqawama al-Islamiyya, Gerakan Pembela Islam) merupakan satu pertubuhan Islam Palestin yang ketika ini (sejak pilihanraya Januari 2006) parti berkuasa Pihak Berkuasa Palestin . Berikutan pilihanraya itu, pemimpinnya, Ismail Haniyeh telah dilantik menjadi Perdana Menteri Palestin.

Namun, pada 14 Jun 2007, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah membubarkan parlimen dan memecat kerajaan Palestin bersatu yang diketuai oleh Hamas akibat pertempuran antara Hamas dan Fatah di Gaza. Abbas telah melantik Salam Fayyad sebagai pengganti Haniya.

Baru- baru ini setelah pengunduran tentera Zionis dari Gaza, sokongan yang diberikan kepada Hamas semakin kuat.

Hamas adalah akronim bagi frasa bahasa Arab حركة المقاومة الاسلامية, atau Harakat al-Muqāwama al-Islāmiyya atau "Pergerakan Pembela Islam"

Brigad Izz ad-Din al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas telah dibentuk pada tahun 1992, dinamakan sempena mengenang jasa pejuang Palestin, Sheikh Izz ad-Din al-Qassam. Unit tentera Hamas kadangkala menamakan diri mereka "Students of Ayyash", "Students of the Engineer", atau "Unit Yahya Ayyash", bagi memperingati As-syahid Yahya Ayyash, yang merupakan pakar pembuat bom HAMAS yang terawal yang dibunuh oleh Rejim Israel-Zionis Laknatullah pada tahun 1996.

Hamas diasaskan oleh Syeikh Ahmed Yassin dari bahagian Gaza al-Ikhwanul al-Muslimun. Sejak penubuhannya, Hamas telah melancarkan serangan balas terhadap pendudukan Zionis Israel, negara haram yang menakluki wilayah Palestin. Piagam Hamas menyeru supaya negara haram Zionis Israel dimusnahkan dan digantikan dengan sebuah negara Islam yang adil dan damai tanpa mengira agama, etnik bangsa dan sebagainya. Hamas sering menunjukkan sentimen anti-Zionis Israel dan berjuang untuk mengusir pihak Zionis Israel keluar dari Palestin melalui Jihad.

Dalam pilihanraya umum 2006, Hamas berjaya memenangi jumlah kerusi yang terbanyak dalam parlimen dan telah membentuk kerajaan baru. Hal ini membuktikan populariti Hamas berbanding dengan Fatah yang dianggap tidak berkesan dan tidak berakhlak oleh penduduk Palestin. Hamas juga melaksanakan beberapa program kebajikan di wilayah Palestin, termasuk menabung sekolah, rumah yatim piatu dan klinik kesihatan.

Pertempuran antara kumpulan militan Fatah dan Hamas sejak pilihanraya Januari 2006 telah banyak berlaku, dan menyebabkan kemusnahan infrastruktur dan kegawatan ekonomi.

Hamas dianggap sebagai pihak pengganas oleh Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Australia, Israel, Jepun dan Kesatuan Eropah. Selepas kemenangan Hamas dalam pilihan raya 2006, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telah menyekat bantuan ekonomi kepada Palestin, demi memulaukan Hamas. Pada 8 Februari 2007, Hamas telah bersetuju mangagihkan kuasa antara pihak Hamas dan Fatah dengan harapan menghentikan sekatan itu. Namun, Israel dan Amerika Syarikat masih tidak berpuas hati dengan penglibatan Hamas dalam kerajaan. Pertempuran antara Hamas dan Fatah diteruskan sehingga Jun 2007, apabila Mahmoud Abbas membubarkan parlimen untuk melantik kerajaannya sendiri. Tindakan ini ditentang habis-habisan oleh Hamas. Pada hari yang sama itu, militan Hamas berjaya menguasai seluruh Jalur Gaza dan menghancurkan pengaruh dan kuasa Fatah di kawasan tersebut.

Gaza

Gaza

Lihatlah wahai umat islam, betapa rakusnya Israel membunuh umat islam serta menghancukan segala-galanya...
Mana kita sebagai sesama islam? Kita masih cibuk dengan mengumpul harta mencari pangkat dalam masa yang sama betapa ramainya umat Islam di negara lain dalam ketakutan. Mendengar bunyi letupan bom susah lali pada mereka. Apakah kita mampu tidur lena? Makan kenyang? Enjoy setiap malam di kelab-kelab ?
Apakah ini perjuangan ?
Kita jika ikuti perkembangan dan keadaan di Gaza kita akan lihat bagaimana anak-anak kecil dibunuh kejam 
oleh Israel laknutullah...

Di satu pihak yang lain pula sibuk dengan politiknya...sehingga sanggup mendoakan kehancuran Islam...memurtadkan Islam yang lain apakah ini tidak sama dengan Israel ? Sedarlah wahai umat Islam, jangan kita leka...sesungguhnya kita sekarang ini sedang di tindas dengan berbagai-bagi segi dari berbagai sudut...jika kita leka, kafir menunggu masa untuk mentertawakan kita. Apakah kita ingin beri peluang pada kafir untuk mentertawakan kita?
Mari kita bangkit bersama-sama mujaheed-mujaheed Islam kita tentang Israel  kita tentang kekafiran kita tentang segalanya yang bertentanggan dengan Islam. Islam agama suci yang wajib kita umat Islam pelihara kesuciannya.

AKB rasa terharu apabila membaca bahawa Malaysia jika diarahkan maka Malaysia adalah negara pertama yang akan menghantar bantuan ketenteraan. Alhamdulillah...jika AKB diberi peluang AKB juga sanggup turut serta.
"KUALA LUMPUR - Malaysia bersedia menghantar tentera pengaman sekiranya terdapat permintaan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mewujudkan keamanan di Gaza, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Ahmad Zahid berkata setakat ini badan dunia itu tidak membuat sebarang ketetapan untuk menghantar pasukan pengaman di wilayah bergolak itu.


"Hantar atau tidak (tentera) bergantung kepada permintaan daripada badan dunia yang lain. -BERNAMA

Nasihat AKB kepada semua umat Islam marilah kita sama-sama bantu Gaza dengan apa cara sekali pun demi untuk Islam. Hentikanlah perbalahan antara kita yamg tidak ada kesudahannya, dengan mempermainkan isu agama dan hukum Allah untuk kepentingan peribadi dan politik. Kalau masih berterusan  mempermainkan isu-isu agama ini samalah pihak-pihak yang terlibat seperti  Israel laknatullah.


Monday, 19 November 2012

Insaf

Wahai isteri wahai anak-anak wahai sahabat-sahabat wahai teman-teman.


Apakah nanti kita akan rasa lega dan tenang, apa kah kita yakin bahawa kita akan menghadap Allah....
tetapi jika Allah bertanya, tidak malukah kau bermaksiat pada-Ku? Kau sembunyikan dosa mu dari makhluk-Ku..dan datang pada-Ku dengan penuh dosa...maka bagaimanakah kita nak menjawab kalau kita dalam golongan ini, siapa yang nak menyelamatkan kita?
Tetapi kita tidak peduli kita terus menyogok jiwa dengan impian dan harapan, dan kita melupakan apa yang bakal kita hadapi selepas mati...dan apa yang berlaku selepas kita dikafankan, seolah-olah kita ini telah dijamin untuk hidup selamnya..sekan-akan mati tidak menemui kita..dan pada waktu itu telah datang kepada ku sakratul maut yang ngeri.. Siapa pula sekarang yang mampu melindungiku?
Supaya kita semua mendapat keinsafan insyaallah, mari la kita dengar sebuah syair yang telah membuat Imam Ahmad bin Hanbal menanggis.


This is order

Salam keoada semua pembaca blog AKB

Firman Allah;

Tidak Aku jadikan jin dan manusia selain dari sujud ( pada perintah danlaranganKu) pada Aku.

Dalam melaksanakan perintah dan larangan Allah, antara perintah Allah yang paling malas untuk kita laksana adalah solat lima waktu. Sama-samalah kita ingat memperingati, apakah kita semua lengkap dengan solat 5waktu. Solat adalah perintah yang Rasulullah terima sewaktu israk dan mikraj.
Sungguh pun begitu untuk menjadi seseorang orang itu ikhlas dalam beribadat, maka perlu dipaksa diri tiu sendiri terlebih dahulu...barulah keikhlasan akan muncul. Dan untuk memaksa diri itu sendiri perlulah ada kekuatan.

AKB adalah mengambil beberapa ayat dalam AL-Quran yang berkaitan dengan solat. jadil sama-sama la kita baca mudah-mudahan timbul keinsafan pada diri kita semua.

Perintah solat

6:72
Dan agar mendirikan solat dan bertakwa kepada-Nya. Dan Dialah Tuhan Yang kepada-Nya-lah kamu akan dihimpunkan.
6:92
Dan ini Al-Quran adalah kitab yang telah Kami turunkan yang diberkahi, membenarkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya dan agar kamu memberi  peringatan kepada penduduk Umulkura (Mekah) dan orang-orang yang di luar lingkungannya. Orang-orang yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat tentu beriman kepadanya Al-Quran dan mereka selalu memelihara solatnya.
7:170
Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Al Kitab (Taurat) serta mendirikan solat, (akan diberi pahala) kerana sesungguhnya Kami tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengadakan perbaikan.
7:205
Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.
10:87
Dan Kami wahyukan kepada Musa dan saudaranya: Ambillah olehmu berdua beberapa buah rumah di Mesir untuk tempat tinggal bagi kaummu dan jadikanlah oleh mu rumah-rumahmu itu tempat solat dan dirikanlah olehmu solat serta gembirakanlah orang-orang yang beriman.
11:114
Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.
13:22
Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang-orang itulah mendapat tempat kesudahan (yang baik).
21:73
Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi  petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kami lah mereka selalu menyembah.
22:35
Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan solat dan orang-orang yang menafkahkan sebahagian dari apa yang telah Kami rezeki kan kepada mereka.
22:41
Iaitu orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan solat, menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar, dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.
22:77-78
Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan._Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. Ikutilah agama orang tuamu Ibrahim. Dia Allah telah menamakan kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan begitu pula dalam Al-Quran ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.


Sunday, 18 November 2012

Idola

Siapakah Mereka Ya Rasulullah

Dalam sebuah riwayat hadis dikisahkan, ketika baginda sedang duduk berkumpul bersama-sama sahabat baginda, lalu baginda bertanya pada sahabat. Wahai sahabat ku, tahukah kalian siapa hamba Allah yang mulia disisi Allah? Para sahabat terdiam lalu kemudian salah sorang sahabat berkata , para malaikat ya rasulullah, baginda berkata ya sebab mereka dekat dan sentiasa bertasbih pada  Allah  tapi bkn itu yang aku maksudkan, ya  Rasulullah , tentulah para nabi, baginda berkata lagi ya para nabi itu mulia...tapi ada lagi yang lain. Para sahabat terdiam dan tertanya-tanya lagi siapa lagi yang paling mulia, sehingga salah sorang sahabat berkata, ya  Rasulullah , apakah kami yang mulia? Lalu baginda tersenyum melihat wajah-wajah para sahabat baginda, tentula mulia...kamu semua dekat pada ku, membantu perjuangan ku. Tapi ada lg yang mulia...para sahabat terdiam dan tak mampu berkata apa-apa lagi, tiba-tiba  Rasulullah  menundukkan kepalanya....baginda menanggis di depan para sahabat..para sahabat bertanya mengapa kau menanggis ya  Rasulullah ...dengan air mata baginda yang berjurai hingga membasahi janggut baginda...baginda berkata wahai sahabat ku? Tahukah siapa yang mulia itu...mereka adalah manusia yang lahir setelah kewafatan ku dan mereka tidak dapat bertemu dengan ku seperti mana kamu semua sekarang....dan mereka amat mencintai Allah...dan saksikan wahai sahabatku...aku rindu pada mereka....mereka yang mulia itu adalah umatku....umatku...umatku

Lihat la wahai sahabat AKB...bagaimana sayang dan cinta Rasulullah pada umatnya, tapi apakah kita mencinta rasulullah, rindu pada rasulullah? 

Tanyalah pada diri kita masing-masing, apakah  Rasulullah  itu dijadikan kita sebagai ikon dan jugak idola kita semua yang mengaku sebagai umat baginda  Rasulullah  s.a.w.


Apakah kita pernah mengalirkan air mata kita demi cinta kita pada Allah dan Rasulullah? Jika tidak marilah sama-sama kita hayati video diatas, pasti kita akan mengalirkan air mata.


Topeng

Salam kepada para pembaca.

Syaitan bertopengkan manusia.

Pernah tak kita dengar " aku pantang kalau orang tipu aku" ? AKB rasa semua orag biasa dengar. Memang benarlah, tiapa siapa pun suka di tipu.
Nah, bagaimana pula keadaannya jika kita menipu Allah? Terdiam seketika kan?
Inilah bentuk soalan yang pernah AKB bahaskan sewaktu zaman pengajian.
Jangan kita kata, kita tidak suka di tipu jika kita sendiri tipu dan mempermainkan hukum Allah.
Sebelum pergi lebih lanjut AKB mohon maaf kerana semua cerita yang AKB paparkan ini adalah cerita sebenar, dan jika ada dikalangan pembaca yang marah dan tersinggung, tiada niat lain, AKB hanya nak berdakwah pada semua termasuk AKB sendiri....

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
وَالْعَصْرِ ﴿١
إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴿٣

Ini pengalaman AKB sewaktu berdakwah secara langsung dulu...pernah satu ketika AKB berjumpa dengan satu orang yang bergelar Hj, gayanya alim...tapi di sebelah petangnya AKB berjumpa dengan Hj ini di sebuah kedai sedang berbincang nak beli nombor ekor.

Dalam kes yang lain pula seorang yang bergelar Dato, manis pertuturan gaya yang mudah orang percaya segala tutur kata, solat di jaga rapi.....tapi sebaliknya mempunyai skandal dengan perempuan dibawah umur, senang cerita peringkat tingkatan 5. Datin nya tak cantik ke? Pada hal Datin pun umurnya belum masuk 30.

Yang ini pula sering berlaku pada golongan wanita. Bila hari berkerja dari isnin hingga khamis, pakaian nya ala-ala style ckit...tapi yang peliknya bila hari jumaat pakai baju kurung siap dengan bertudung lagi.

Ada juga yang minum arak sama-sama dengan mak ayah...enjoy dengan perempuan sesuka hati...hingga boleh tukar-tukar pasangan dengan bapak sendiri. Wa nau' zubillah

diantara mereka ini ada yang terdiri dari golongan atasan....yang pandai bercakap tentang hal agama..tetapi dia lebih teruk lagi ..macam mana pulak?

Kenapa syaitan banyak ganggu orang yang alim yang selalu mahu dekat kan diri pada Allah...? Jawapannya mudah, sebab di tempat-tempat lain klon syaitan dah banyak jadi kerja syaitan menjadi lebih mudah. Kalau kita tengok di kelab-kelab malam...mcm keadaannya? Dengan bunyi bising segala ? Maka itulah dia syaitan bertopengkan manusia.

AKB serta sahabat baik AKB sendiri kami selalu pergi melihat perkara -perkara ini. Ada yang boleh di tegur ada yang perlu di tegur dengan tangan dan kaki ada yang tak boleh di tegur sehingga Jabatan yang bertanggungjawab dalam perkara-perkara ini sendiri tak boleh ambil tindakan disebabkan kedudukan dan darjat mereka.

Adil ke? Mungkin adil dengan sebab undang-undang dunia...tapi bagaimana pula dengan perintah Allah...yang mana semua hambaNya wajib patuh?

Ada beza ke bila mati nanti? Kain kafan warna lain ke atau kubur yang punyai air cond?

Jadi nasihat AKB, kalau tak tahu cakap tak tahu, kalau takut cakap takut, kalau bodoh mengaku sahaja.




Sekali lagi AKB mohon maaf pada semua pembaca, jika ada yang tersinggung.

Saturday, 17 November 2012

Nak lari mana???



Wahai umat  Islam, janganlah kita leka kerana mati setiasa mengejar kita, rumah yang kekal sentiasa menunggu kita, soalan-soalan yang pasti sedang menanti bagi kita untuk menjawab. Apakah kita masih terpedaya dengan permainan syaitan laknatullah yang sentiasa berusaha untuk menyesesatkan kita semua. Harus kah kita bagi peluang kepada syaitan untuk menyesatkan kita? Sedangkan kita diberi akal oleh Allah untuk membezakan yang mana betul dan salah ibarat hitam dan putih. Janganlah kita leka, bangun la wahai umat Islam mari kita mohon ampun pada Allah dan taat segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
Untuk apa kita dicipta, kalau hanya membawa kepada kerosakkan dan kemusnahan pada diri sendiri.
Allah menciptakan kita semua termasuk jin hanya untuk sujud padaNya iaitu taat akan segala perintahnya.
Cuba kita renung pada diri kita sendiri, kalau kita dijemput malaikat maut sekarang, dimana tempat kita? Dapatkah kita menjawab segala soalan yang akan ditanya nanti? Ya allah ampunilah dosa kami...lindungilah kami dari segala kejahatan.
Hari ini ada kematian yang  dapat kita lihat tentang bagaimana ia di urus atau sebagainya...bagaimana pula  kita nanti?
Bagaimana pula dengan kiamat yang pasti akan datang? Sanggupkah kita? AKB tidak dapat menulis sepenuhnya, tidak tahan rasa menahan sebak.....memikirkan dosa- dosa yang lalu.....zalimnya kita ini, sombong kita pada pencipta (Allah).............mengapa kita tidak mahu sujud padaNya yang telah beri kita segala-galanya???

رَبِّ اَدْ خِلْنِىْ مُدْخَلَ صِدْقٍ وَّاَخْرِجْنِىْ مُخْرَجَ صِدْقِ وَاجْعَلْ لِّىْ مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًانَصِيْرًا 
Ya Allah, masukkanlah aku daripada pintu kebenaran, dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran juga, dan kurniakanlah bagiku daripada-Mu seorang penolong  

 رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا
Ya Tuhan kami, jauhkan azab Jahanam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal.




46







Rasulullah bersabda, adakah anda pernah mendengar sebelum ini?
Iaitu Nubbuwah atau kenabian terdiri dari 46 bahagian, "ada dalam hadis bukhari", nubbuwah atau kenabian terdiri dari 46 bahagian yang berlainan. Selepas saya ( Nabi Muhammad s.a.w) tiada lagi kenabian yang tinggal kecuali satu sahaja. Masih ada satu bahagian kenabian yang masih ada di dunia hari ini. Iaitu rukyah sadiqah dan rukyah salihah.


Marilah kita mendengar kupasan selajutnya dari seorang pendakwah yang berusaha keras menyampaikan segala ilmu yang beliau pelajari tanpa meminta apa jua balasan..


beliau yang AKB maksudkan adalah:







Friday, 16 November 2012

Sheikh Mishary Rashid Al-Efasy, Doa Qunut

WAHYU (BAB 5)



Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s., "Ya aku tahu" Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t" Berkata Jibril a.s., "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s., "Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud,"Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga."

Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku." Setelah itu Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibrila.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?" Anas bin Malik ra. berkata: "Apabila ruh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda,"Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga solat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu."

Ali ra. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabdaRasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."


WAHYU (BAB 4)

Setelah Bilal ra. sarnpai di masjid maka Bilal ra. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya. Abu Bakar ra. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar ra. menangis sehingga ia jatuh pingsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fathimah ra.; "Wahai Fathimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fathimah ra. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali ra. dan Fadhl bin Abas ra., lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka Rasulullah s.a.w. pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata, "Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah s.w.t., oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia." Setelah berkata demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail a.s., "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."

Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam, "Assalaamu alaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?) Apabila Fathimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat." Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w.bertanya kepada Fathimah ra., "Wahai Fathimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fathimah ra. pun berkata, "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fathimah, tahukah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fathimah, "Tidak ayah." "Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fathimah ra. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah ra. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fathimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." KemudianRasulullah s.a.w. pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap, "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau engkau izinkan, kalau engkau tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah s.a.w., "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, para malaikat sedang memuliakan dia." Tidak beberapa lama kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk di dekat kepala Rasulullah s.a.w..