Kenapa asyik berbalah tentang masalah akidah........tak habis lagi ke? jangan bercakap sahaja, di manakah tindakan? Persoalannya sekarang adakah isu murtad ini ringan? Jika isu murtad ini berat dan boleh dihukum bunuh kenapa boleh jadi sampai begini:
Jamil Khir: Permohonan murtad 135 orang diluluskan
Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).
Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.
Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.
Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.
Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.
Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.
Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.
Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.
Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.
"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamanya di kalangan saudara-saudara baru.
Apakah ini kebenaran? Kenapa Islam harus dipandang remeh? Adakah kita mampu ketawa dan berbalah sesama sendiri dalam masa yang sama kaum Hindu, Kristian dan cina mentertawakan kita. Sampai nak berpolitik pun boleh guna isu agama. Apa ni!
AKB ingin membawa pembaca-pembaca mendengar semula khutbah terakhir Rasulullah.........supaya kita sama-sama menghayatinya. Rasulullah dan para-para shabat berusaha dalam memperjuangkan Islam, tetapi aa jadi sekarang? Kita dah lupa atau sengaja buat-buat lupa kerana takut atay sebagainya.......
AKB mengajak semua umat islam marilah kita berlumba-lumba mohon ampun kepada Allah di atas sekala kesalahan yang kita lakukan di waktu sedar atau pun tidak. semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.

No comments:
Post a Comment