Salam AKB buat semua pembaca, hari ini AKB nak bercakap sedikit mengenai politik.
AKB menyarankan kepada PAS, kalau benar pas parti islam kenapa pas mesti bersekongkol dengan parti yang bukan islam? Bukankah ini sudah menyalahi dari firman Allah (ayat). Kenapa pas tidak mahu berjuang atas tiket parti sendiri? Mesti ke perlu bersandar dengan parti bukan islam? Perlu ke PAS terima nasihat dari yang bukan Islam? AKB faham jika nasihat yang baik tak salah jika ikut, persoalannya sekarang adakah baik? PAS tidak nampak ke yang mereka puak kafir sedang memecah belah kan umat Islam demi kepentingan politik? Sehingga terdapat isu-isu agama pun boleh dipermain. Sedarlah wahai ahli-ahli PAS. AKB tidak menyatakan PAS itu salah cuma PAS tidak akan nampak betul selagi bersekongkol dengan puak kafir. Hijrah la wahai ahli- ahli PAS, jadikan lah PAS satu- satu parti yang tidak bernaung dengan parti yang bukan Islam.
Islam bukan milik PAS atau UMNO. Islam milik Allah, satu agama yang tidak perlu kita kotori kesuciannya. Kembali la balik kepada niat asal PAS sewaktu penubuhan PAS yang sebenar
Ada pun Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:
PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan lslam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan lslam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.
KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.
KETIGA: Memelihara dan mempertahan kan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat lslam.
KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran lslam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.
Sila perhatikan video ini hingga selesai:
Adakah ini dikatakan corak yang ingin dibawa oleh PAS yang bernaung di bawah PKR dan DAP
Mana sikap amanah?
AKB ingin bertanya adakah ke empat garis panduan asal ini masil kekal hingga sekarang? Janganlah lupa pada perjuangan asal.....
Jangan jadi pelakon pada agama sendiri...
Mana Al Quran yang jadi ikutan?
Kenapa tidak jadikan Al Quran sebagai rujukan?
Bentuk lah peribadi yang mulia seperti yang ditunjukkan Rasulullah
Fiman Allah s.w.t:
48:29
Muhammad
itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras
terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka: kamu lihat
mereka rukuk dan sujud mencari kurnia Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda
mereka Nampak pada muka mereka dari bekas sujud (pada air muka mereka
kelihatan keimanan dan kesucian hati mereka). Demikianlah sifat-sifat
mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman
yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu
menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan
hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkilkan hati orang-orang kafir
dengan kekuatan orang-orang mukmin. Allah menjanjikan kapada orang-orang yang
beriman dan mengerjakan amal yang soleh di antara mereka ampunan dan pahala
yang besar.
Kalau peribadi sendiri kita tidak boleh bentuk maka gagal la
Bila gagal maka janganlah bermimpi untuk mentadbir yang lebih besar lagi
Cermin lah diri sendiri dulu....
No comments:
Post a Comment