Friday, 16 November 2012

Gengster

Perjuangan
Amal ma'ruf nahi mungkar atau amal mungkar nahi ma'ruf?
Marilah kita sama- sama merenungkan pejuang islam kononnya yang ada sekarang. Adakah benar- benar berjuang untuk agama atau kepentingan sendiri untuk mendapat nama dan tempat.
Ada sesetengah kumpulan yang mereka gelarkan sebagai kongsi gelap dan sebagainya...yang mana mereka ini dikata kan berjuang demi islam dengan mengamalkan amal ma ' ruf nahi mungkar. Apakah ini benar ? Jawapan yang jujur dan ikhlas ada pada setiap individu yang mengaku mereka adalah ahli kumpulam tersebut. Yang AKB lihat sekarang terdapat ramai ahli-ahli ini yang bergaduh sesama sendiri, minum arak, judi dan sebagainya. Allah Yang Maha Mengetahui dan mereka tidak boleh menafikan jika benar perkara ini berlaku.
Mereka junjung Al Quran, tapi apa yang mereka junjung? Adakah mereka junjung sebuah buku yang bernama  Al Quran  atau benar-benar kah mereka menjunjung segala perintah dan larangan Allah?
Al Quran adalah bukan mainan....jangan sampai nanti  Al Quran  melaknati kita balik.

قُل لَّا يَسْتَوِي الْخَبِيثُ وَالطَّيِّبُ وَلَوْ أَعْجَبَكَ كَثْرَةُ الْخَبِيثِ ۚ فَاتَّقُوا اللَّهَ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
5:100
Katakanlah Muhammad: “Tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya keburukan itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal yang sihat, agar kamu beruntung”.

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
2:44
Mengapa kamu suruh orang lain mengerjakan kebajikan, sedang kamu melupakan diri iaitu kewajipan mu sendiri, padahal kamu membaca Al-Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?



Ini pula adalah perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah dan para sahabat.
Yang mana mereka berjuang benar- benar berlandaskan agama islam yang tiada langsung kepentingan peribadi, harta benda mereka habis pada jalan Allah. Segala kemaksiatan, kekufuran ditentang habis- habis. Tidak ada perbalahan sesama sendiri dan mementing kan diri sendiri. Masing- masing taat pada perintah dan larangan Allah.
Al Quran dijadikan panduan. Cuba kita lihat betapa besar jasa pejuang islam kita terdahulu yang sampai tidak boleh digugat oleh mana- mana kaum sekali pun. Ketaatan mereka pada Allah dan perjuangan islam terbukti hingga hari ini. Para sahabat Rasulullah amat marah bila islam di perlekih.

Mampukah mana-mana pihak yang mengaku kononnya pejuang islam, berjuang hingga bermati- matian demi menegakkan agama islam yang suci. Berjuang bukan hanya kepentingan macam-macam. Berjuang hanya kepentingan agama islam yang sebenar.
Kenapa ramai umat islam sekarang yang sanggup duduk sekongkol dengan kaum kafir bagi mendapat tempat, termasuk dalam hal- hal akidah sekalipun mereka sanggup. Ada yang bertaatoo bagi menampakkan garang hakikatnya tidak segarang mana pun. Budaya atau cara mana yang mereka ikut? Adakah islam mengajar cara yang sedemikian. Kalau nak jadi gengster, jadilah gengster islam yang digeruni seperti para 4 sahabat nabi. AKB akan membawa semua pembaca-pembaca blog membaca bagai manakah perjuangan para sahabat di zaman Rasulullah, semua ini pada blog AKB yang akan datang.

No comments:

Post a Comment