...........Barangsiapa mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia tersesat sejauh-jauhnya
AKB ingin berkongsi cerita atau kisah di atas pengalaman AKB sendiri. Sudah menjadi budaya orang melayu yang sudah sinonim dengan bahasa yang disebut kena buatan orang. Kenapa ini berlaku? AKB ada jawapannya, di mana mereka yang percaya dengan bomoh ini bukan sahaja terdiri dari golongan bawahan malahan juga dari golongan atasan. tujuan mereka berjumpa bomoh adalah dengan berbagai-bagai jenis tujuan, antaranya:
ingin memajukan perniagaan
ingin menjadi jodoh yang cantik
ingin menang dalam sesuatu pertandingan
ingin kelihatan cantik
dengki
dan banyak lagi
yang peliknya setiap rawatan ada pengkerasnya dan diselangi dengan putus ubat. ini satu benda yang kelakar, kerana ianya tiada dalam ajaran Islam itu sendiri. atas sebab ini juga maka lahirlah bomoh-bomoh penipu ataupun bomoh duit. memang boleh dikatakan bodoh pada mereka yang berjumpa dengan bomoh-bomoh ini. apa yang bomoh ini boleh buat selain dari menipu. AKB membawa pembaca kepada dialog ini;
Bomoh : (dengan suara yang agak-agak kasar) cucu ni ada hajat apa?
Pesakit : ntahlah tok, sejak saya mula berniaga ni perniagaan saya kurang maju dan saya sering sakit-sakit badan
Bomoh : oooo, anak ni kena buatan orang, ada yang dengki pada anak ni
Pesakit : siapa yang dengki, tok?
Bomoh : itu atok tak boleh bagi tahu ( sebab atok sudah mula nak menipu)
Bomoh : anak ada bawa air, garam dan bunga? (kononnya nak jampi la)
Pesakit : ada tok
Bomoh : (maka si bomoh penipu, mula la upacara penipuannya. setelah selesai dikatakan pada pesakit)
Bomoh : air ni anak minum dan separuh lagi buat mandi berserta dengan bunga ni...dan garam anak tabur di sekeliling kedai.
kesudahan nya pesakit dikenakan bayaran RM150 dan apa pun tak jadi, bila berjumpa tok bomoh maka dikatakan cara anak salah....dan beginilah selalunya yang berlaku. akhirnya pesakit berjumpa doktor dan doktor mengesahkan bahawa si pesakit mempunyai sakit kencing manis.....kedai tak maju sebab jarang buka kedai dengan alasan penat dan barang niaga banyak tak cukup.
pengajaran yang di tunjuk oleh arwah Tan Sri p Ramlee, lucu kan? tetapi di dalamnya punyai banyak pengajaran
Nasihat AKB kepada semua, janganlah percaya kepada benda-benda karot marot ini semua.....sebaliknya membawa kepada kesyirikan yang dosanya tidak akan diampuni Allh s.w.t
mesti pandai pembohong... mesti pandai temberang... ttp jgn smpai.. hai pecah tembelang! muahahahaha!
ReplyDelete