Salam kepada pembaca blog.
AKB nak bercerita sedikit mengenai ilmu dan berkongsi pemikiran.
Kepada anak-anak muda mudi yang masih punyai ibu bapa, alhamdulillah ibu bapa kita masih hidup.
Pernah tak kita terkifir ada anak-anak yang tiada ibu dan ada yang tiada bapa...
AKB bukan nak bercerita mengenai anak yatim tetapi AKB ingin bertanya siapakah yang akan memandikan jenazah kedua ibu bapa kita bila mereka tiada nanti?
Jangan kita gah dengan kereta mewah rumah besar duit banyak tetapi bila sampai saat kematiaan kedua ibu bapa kita maka sibuk mencari imam atau bilal untuk memandikan jenazah, siapa mereka? Mereka juga punyai ibu bapa. Ibu yang mengandungkan kita selama sembilan bulan sepuluh hari bila sampai saat kematiaan nya maka kita upah orang lain untuk memandikan jenazah nya. Cuba kita renung kalau waktu bayi dulu ibu kita memberi upah untuk orang lain bagi memandikan kita, apakah yang kita rasa sekarang? Seorang ayah yang bertungkus lumus mencari sesuap nasi untuk kita waktu kecil, tetapi bila saat kematian seorang ayah, kita mencari orang untuk diupah bagi memandikan jenazah.
AKB berkata ini bagi AKB sendiri. Bagi AKB biarlah sampai saat kematiaan ibu atau bapa kita, kita sendiri sebagai anak memandikan jenazah mereka...ratapi serta belai la mereka buat kali terakhir.
Kematian sentiasa menghampiri kita, dan kita tidak boleh lari dari kematian kerana ia adalah janji kita pada Allah swt.
AKB menasihat kan pada diri sendiri dan kepada semua pembaca blog mari la kita sama-sama belajar bagaimanakah cara untuk menguruskan jenazah, supaya mudah untuk kita nanti bagi menyempurnakan jenazah kedua ibu bapa kita. Semoga kita menjadi anak yang berguna kepada kedua bapa kita sewaktu mereka hidup dan sehingga akhir nyawa mereka.
No comments:
Post a Comment