Wednesday, 14 November 2012

Perjuangan


Susah sangat ke Islam nak bersatu sampai perlu bertekak sesama sendiri. Rasulullah seorang pemimpin agung yang sepatutnya menjadi contoh pada seluruh umat Islam di negara ini. Adakah kita sebagai umat Islam mencontohi baginda?

Sedar la wahai umat Islam, tidak perlu kita menongkat langit menyalah satu sama lain. Di manakah muafakatnya umat Islam sekarang.
Jangan la salah orang kita nampak tapi salah sendiri kita sembunyi. Bersifat terbuka la semua, supaya senang terima teguran. Yang salah tetap salah yang benar tetap benar.
Persoalan agama jangan kita ambil mudah, isu halal haram pun masih  belum  boleh selesai. Sebagai contoh, bagaimana sebuah kedai yang mempunyai logo halal tetapi boleh menjual arak? Bagaimana pula keadaannya umat  Islam  di kelab- kelab malam?
Saya sendiri pernah menghubungi jabatan agama berhubung dengan minum arak , tetapi jawapan mereka amat menduka cita kan dengan alasan anggota tak ada dan kami tidak boleh ambil tindakan kerana terdapat golongan vip dan vvip. Apakah ini kebenaran yang patut kita tempuh selain dari masalah akidah yang sangat berleluasa?
Cuba bayangkan apa yang akan terjadi kepada anak cucu kita nanti? Baginda Rasulullah juga bimbang dengan keadaan umatnya pada akhir zaman yang sangat berpecah belah.
Jangan sampai nanti kita sebagai umat  Islam  dikatakan menjual agama untuk kepentigan peribadi dan politik semata- mata ( cakap tak serupa bikin).
Kenapa ulama sekarang tidak seperti ulama dahulu? Yang sanggup menggadai nyawa demi kepentingan agama yang sangat mulia. Adakah ulama sekarang lebih menjaga periuk nasi sendiri?
Sedar tak kita bahawa bangsa asing atau agama selain Islam sedang mentertawakan kita? Mungkin yang duduk di atas tidak nampak kerana mereka menyangkakan semua nya baik sedangkan AKB melihat perkara ini semua amat sedih dan yang lebih lagi AKB tidak boleh berbuat apa-apa melainkan menulis di dalam blog ini.
Sebagai contoh; Bila nak menyatakan sesuatu kebenaran diserang sewaktu berceramah, adakah ini dikatakan umat yang mencontohi Rasulullah? 
Jangan hanya duduk di masjid dan surau sahaja, jangan hanya nak jawatan mufti, imam, bilal, ustaz dan ustazah kalau perkara- perkara yang melibatkan umat Islam tutup mulut sesama sendiri. Cuba berfikiran terbuka, salah ke jika seorang yang pandai agama masuk ke kelab? Kalau salah di mana salahnya? 
Jangan hanya pandai menghukum tetapi kita sendiri tak nampak apa yang berlaku disekeliling kita. Ayuh umat Islam semua jangan hanya pandai cakap umat Rasulullah tapi penakut. Cuba bayangkan kalau para-para sahabat masih hidup, tentu ada diantara kita yang telah dipenggal kepala.

 وَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَالْمُنَافِقِينَ وَدَعْ أَذَاهُمْ وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا ﴿الأحزاب: ٤٨﴾
33:48   dan janganlah kamu menuruti orang-orang yang kafir dan orang-orang munafik itu, janganlah kamu hiraukan gangguan mereka dan bertawakallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pelindung.

No comments:

Post a Comment