Wahai umat Islam, janganlah kita leka kerana mati setiasa mengejar kita, rumah yang kekal sentiasa menunggu kita, soalan-soalan yang pasti sedang menanti bagi kita untuk menjawab. Apakah kita masih terpedaya dengan permainan syaitan laknatullah yang sentiasa berusaha untuk menyesesatkan kita semua. Harus kah kita bagi peluang kepada syaitan untuk menyesatkan kita? Sedangkan kita diberi akal oleh Allah untuk membezakan yang mana betul dan salah ibarat hitam dan putih. Janganlah kita leka, bangun la wahai umat Islam mari kita mohon ampun pada Allah dan taat segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
Untuk apa kita dicipta, kalau hanya membawa kepada kerosakkan dan kemusnahan pada diri sendiri.
Allah menciptakan kita semua termasuk jin hanya untuk sujud padaNya iaitu taat akan segala perintahnya.
Cuba kita renung pada diri kita sendiri, kalau kita dijemput malaikat maut sekarang, dimana tempat kita? Dapatkah kita menjawab segala soalan yang akan ditanya nanti? Ya allah ampunilah dosa kami...lindungilah kami dari segala kejahatan.
Hari ini ada kematian yang dapat kita lihat tentang bagaimana ia di urus atau sebagainya...bagaimana pula kita nanti?
Bagaimana pula dengan kiamat yang pasti akan datang? Sanggupkah kita? AKB tidak dapat menulis sepenuhnya, tidak tahan rasa menahan sebak.....memikirkan dosa- dosa yang lalu.....zalimnya kita ini, sombong kita pada pencipta (Allah).............mengapa kita tidak mahu sujud padaNya yang telah beri kita segala-galanya???
رَبِّ اَدْ خِلْنِىْ مُدْخَلَ صِدْقٍ وَّاَخْرِجْنِىْ
مُخْرَجَ صِدْقِ وَاجْعَلْ لِّىْ مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًانَصِيْرًا
Ya Allah, masukkanlah aku daripada pintu
kebenaran, dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran juga, dan kurniakanlah
bagiku daripada-Mu seorang penolong
رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ
جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا
Ya Tuhan kami,
jauhkan azab Jahanam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang
kekal.
ketika sdg asyik dgn keindahan dunia, kita lipa ttg keindahan akhirat... yg kekal selamanya...
ReplyDelete