Renungan
Mengaku Pandai Perkara Tiada Tahu
Syaitan Yang Menjadi Guru
Berbuat Sesuka Hati
Seolah Hidup Tak Mahu Mati
Kalau Nak Tahu Rahsia Tuhan
Jin Syaitan Hendaklah Di Bedakan
Beramal Hendakkan Keramat
Asal Mula Hidup Sesat
Apa Yang Dipandang Menipu Belaka
Kalau Tak Kenal Diri Siapa
Memaksa
Mencari Yang Bukan Hak
Tidak Redha Aturan Yang Berkehendak
Mau Uji Dalamnya Lautan
Mesti Ada Ilmu Mendalam
Pada Dunia Masih Tamak
Itu Tanda Jiwa Semak
Lahir Ke Dunia Untuk Mengabdi
Sesuai Dengan Aku Janji
Wujud Jasad Dengan Nafsu
Dengan Jadikan Syaitan Sekutu
Rahsia Dia Tuhan Yang Satu
Lahir Ke Dunia Sebagai Khalifah
Laksana Segala Tuhan Perintah
Terkandung Dalam Al Quran Kalamulallah
Tapi Manusia Sering Menegah
Seruan Tuhan Sering Ditentang
Lebih Hina Dari Binatang
Kalau Beramal Se Ikhlas Hati
Jalan Lurus Allah Tunjukki
Semua Berpunca Dari Niat
Mahu Bahagia Atau Sesat
Hati Sanubari Serangan Syaitan
Hati Nurani Di Ilham Tuhan
Matilah Kamu Sebelum Mati
Kalau Sungguh Allah Dihajati
Hidup Semata Mengikut Nafsu
Baik Lagi Hidupnya Lembu
Beramal Terasa Hebat
Perangkap Syaitan Sudah Menjerat
Yang Diikuti Iblis Laknat
Ikut Contah Ditunjukki Muhammad
Mengapa Al Quran Tak Di Peduli
Kalau Betul Mengenal Diri
Kata Hidup Tau Agama
Dosa Pahala Langsung Tak Di Umpama
Kalau Larangan Di Langgar Semua
Lebih Mulia Hidupnya Hama
Hidup Menipu Diri Sendiri
Kalau Ilmu Separuh Kaji
Tiada Manusia Yang Hebat
Rata-Rata Memang Bangsat
Hawa Nafsu Kalau Di Ikutkan
Lebih Jahat Dari 70 Syaitan
Kita Ini Bayangan Dia, Aku Kamu Berpisah
Tiada
No comments:
Post a Comment