Friday, 16 November 2012

Perjalanan Rasulullah ke Taif BAB 2


Demikianlah sedihnya doa yang dihadapi kepada Allah s.w.t. oleh Baginda s.a.w sehingga Allah s.w.t. mengutus kan Malaikat Jibrail buat menemui Baginda s.a.w. Setibanya di hadapan Nabi Muhammad s.a.w. dia pun memberi salam seraya berkata:" Allah s.w.t.. mengetahui apa yang telah berlaku di antara kamu dan orang-orang ini. Allah s.w.t. telah menyediakan malaikat di gunung ganang disini khas untuk menjalankan sebarang perintah kamu."

Sambil berkata demikian Jibrail menghadap kan malaikat itu di muka Baginda s.a.w Kata Malaikat ini:"Wahai Rasulullah, saya bersiap sedia untuk menjalankan perintah Tuan. Kalau dikehendaki, saya sanggup menyebabkan gunung-gunung di sebelah menyebelah kota ini berlanggaran sehingga penduduk-penduduk dikedua-dua belah mati tertindih. Kalau tidak, Tuan cadangkan apa saja hukuman yang selayaknya diterima oleh orang-orang ini."

Mendengar janji-janji Malaikat itu, Nabi Muhammad s.a.w. yang penuh dengan sifat rahim dan belas kasihan pun berkata:"Walaupun orang-orang ini tidak menerima Islam, saya harap dengan kehendak Allah s.w.t., yang anak-anak mereka, pada satu masa nanti, akan menyembah Allah s.w.t.. dan berbakti kepadaNya."

Sekarang perhatikan lah tauladan mulia dan suci murni yang telah dipertunjukkan oleh Baginda s.a.w. Kita semua mengakui yang kita menjadi pengikut-pengikut Nya, tetapi dalam urusan hidup kita sehari-sehari,apabila cadangan kita ditolak atau tidak di persetujui maka kita dengan lekasnya melemparkan maki hamun dan terkadang-kadang bercita-cita hendak membalas dendam terhadap mereka yang tidak bersetuju dengan kita.Sebagai pengikut-pengikutnya kita hendaklah mencontohi Baginda s.a.w. Selepas menerima penghinaan ditangan penduduk-penduduk Kota Taif, Baginda s.a.w hanya berdoa. Baginda s.a.w. tidak memarahi mereka,tidak mengutuk mereka dan tidak mengambil sebarang tindakan balas walaupun diberi kesempatan sebaik-baiknya untuk membuat demikian.

Beginilah sifat Rasulullah yang wajib di contohi oleh seluruh umat Islam. Rasulullah sentiasa memikirkan umat baginda di akhir zaman

Sama-sama lah kita menghayati video ini
                                                                                    
 

Ini di antara 60 orang sahabat Rasulullah



Sama-sama lah kita berjuang demi Islam. Sayangi lah Rasulullah, sesungguhnya Rasulullah amat menyayangi kita semua sebagai umat baginda.

No comments:

Post a Comment